Monday, August 9, 2010

Kamera Baru Ku..jeng jeng jeng

Nama saya Olympus Stylus Tough 8010, saya berasal dari kilang di China, saya telah dihantar ke Jusco Queensbay Penang dan dipamerkan dalam cermin.



Pada satu hari, ada seorang wanita cantik, ayu dan kiut merenung saya dengan pandangan yg tajam, saya di belek2 ditenyeh2 di try2 berulang kali... setelah berpuas hati wanita cantik lagi ayu dan kiut itu membisikan sesuatu pada sominya.. saya rasa itu mesti sominya kerana sominya yg pada mulanya mengeleng2 kepala kemudian terpaksa mengangguk2 kepala setelah wanita cantik lagi ayu dan kiut itu menarik moncong ompekblas sambil menghentak2 kaki mulusnya ke lantai.. walopon menarik moncong wanita itu tetap menten ayu...



Akhirnya wanita cantik lagi ayu dan kiut itu berjaya memiliki saya. Saya kecit mudah disimpan dalam poket, shock proof 6.6ft, water proof sedalam 33 meter, freeze proof, serta crush proof dimana jika tuan saya yg memiliki ponggong berkelebaran HDTV seluas 42" terduduk di atas saya pastinya saya masih menten cun macam tuan saya, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai saya di sini.


Menurut kata somi tuan saya semasa membeli saya... tuan saya yang cantik lagi ayu dan kiut boleh rendam saya dalam minuman kegemaran tuan saya apabila tengah2 bulan untuk mendapatkan zat besi, gaji + elaun lambat lagi daaa...

Saya pasti tuan saya yang cantik lagi ayu dan kiut happy memiliki saya memandangkan tuan saya mempunyai anak2 yg comei macam tuan saya tetapi agak ganas seramai tigoblas orang, pastinya saya amat berbaloi untuk dimiliki. Sekian.

ps : tuan saya pesan sekiranya anda yg membaca kisah saya dan tuan saya termuntah2 hijo .... itu akibat kejelesan yg amat sangat, insaplah dibulan Ramadhan ini.

3 comments:

razzlina said...

errr banyak benau kesilapan tatabahasa kat karangan ni....cikgu kasi ko 'D'.

Nota : Tulisan huduh, perbaiki tulisan anda.

sekian,
cikgu bahser mesia

ahkakbatik said...

oleh sebab muntah aku kaler puteh almaklum dok negera omputih...maka kesimpulannya itu muntah oghang beriman....

Anonymous said...

hehe.. ini karangan autobiograpi.... with open ending..

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment