Friday, April 8, 2011

aku menulis bukan kerna harta...

Pn. Bananas mengetap2 bibir, masih teringat-ingat cerita yang didengar mengenai Macik Kelsum amat meruntun kalbu, Kalu 25th dulu Pn. Bananas amat mengagumi Macik Kelsum sekuarga, sering terbang ke sana kemari, sekejap London sekejap Australia sekejap New Zealand, kini dari berita yang diterima Macik Kelsum kais pagi makan pagi, walaupon Macik Kelsum mempunyai anak yang sudah bekerja, malangnya gaji yang anak-anak Macik Kelsum terima cuma 'cukup-cukup makan' sedangkan nak makan sendiri dah cukup-cukup bagaimana mahu membantu ibu bapa?



Pn. Bananas mengetuk-getuk pen ke meja termenung jaus, berat mata memandang berat lagi bahu memikul, teringat jaman Pn Bananas tecit-tecit lagi cumil itu, bagaimana kehidupan Pn. Bananas adik-badik dari besh jadi amat tak besh. Jangankan hendak bercuti, balik kampung setawon sekali dah dikira mewah lagi menyeronokan. Bukan takder duit berpuluh ribu tapi duit habis begitu sahaja bila tersilap jalan membuat perhitungan. Wajah-wajah penyesalan ibu-bapa Pn Bananas masih segar dimata, Pn Bananas seolah mampu membaca minda mereka - bagaimana mahu memulakan hidup semula bila dihampir umur senja hilang segalanya?


Pn. Bananas masih terasa peritnya, Perlahan-lahan Pn. Bananas berjanji pada diri sendiri agar tidak melalui perjalanan yang pernah ditempuh masa rumaja yg jelita dulu, TIDAK! Pn. Bananas harus pastikan nasib Pn. Bananas dan anak-anak harus terbela dalam masa yang sama menjaga kedua ibu bapa sebaiknya, Pn Bananas mahu mengikut jejak Tuan Bananas yang menjaga ibu bapanya dengan istimewa sehingga ke hujung nyawa. Bertuah Ibu Bapa Mertua Pn. Bananas yang mendapat anak sebaik Tuan Bananas. Walopong ada episod itam yang melanda alhamdullilah disebaliknya terbentang pelangi bewarna. Pn. Bananas akur dengan kekuasaan Maha Esa yang menjanjikan setiap penderitaan ada hikmah disebaliknya.



"Ahkakkk Oooo Ahkak da abeh isi ker form tu, kalu da abeh meh la balik pen sy.. kang retak meja sy ahkak dok ketuk2 pen tu..." sore penjaga konter bermolot lebar mematikan lamunan Pn. Bananas. Pn. Bananas menarik nafas panjang, Pn. Bananas kembali membelek borang keahlian bank rakyat yang baru diisinya, melihat nombor giliran hampir saja Pn. Bananas melangkah keluar dari Bank Rakyat kerana tidak tertahan dengan manusia yang begitu ramai menunggu untuk menjadi ahli.



TIDAK, aku mesti jadi ahli jugak walopong lima ratuih hengget jer... bisik molot mungil Pn. Bananas, "Apa kak? kak takmo kasi ker pen sy tu" wajah penjaga konter bermolot lebar mencurik penglihatan Pn. Bananas, "nah la hang amik balik, alaaaa pinjam sat bukan nak abeh ink pong" lancar molot Pn. Bananas menbebel penjaga konter bermolot lebar. Dengan tersengeh-sengeh penjaga konter bermolot lebar menyimpan pen sambil sibuk mengajar sesetengah pacik macik yg tatau isi borang tp tau keistimewaan jadi ahli bank rakyat, bukan sikit-sikit amount yang dipohon hampir terjojol bijik mata Pn. Bananas melihat angka yang tertulis begitu banyak kosong, beshnya kalu pacik nih abah aku bisik ati Pn. Bananas... cepat2 Pn. Bananas beristifar kerana sanggup berangan org len jadi bapak kerna duit.




Perlahan Pn. Bananas beredar ke ruang menunggu yang paling terpencil sambil mengeluarkan Ipod nya sambil menekan-nekan game RIO angry birds, Pn Bananas mengerling ke gelang tangan tripple diulang tripple line yang dipakainya .. pas ni hang dok dlm bilik tu jugak laaa.. sambil merenung konter satu (bilik gadai arrahnu)..




Pn. Bananas berazam untuk berjaya mcm pacik-macik yang ramai dalam Bank Rakyat ketika itu, ya Pn. Bananas mesti kumpui harta banyak-banyak.. sebagai permulaan Pn. Bananas mengumpui mata dari game angry birds dulu..

3 comments:

intan8836 said...

simpan wehhh... jgn x simpan.. tapi kalau dah melimpah ruah, aku sanggup tolong simpan onbehalf..

ahkakbatik said...

pssstt...ko men farmviller ler mato leh jejak jota-jota...
ni saham 15% setawon tu ker?... arrrgghhh....

razzlina said...

tahniah puan bananas...lopeh nih beli pisang omeh banyak2, pehtu pi simpan kat bank Rakyat gaks haha

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment